Pengenalan
KMNS menerima cadangan penubuhan Pusat Kecemerlangan Pembangunan Jati Diri dengan harapan memperkukuhkan kemahiran insaniah (soft skills) staf dan pelajar Kolej Matrikulasi selaras dengan aspirasi dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013 – 2025).
Definisi Jati Diri dan Kepimpinan
Jati Diri ialah sifat atau ciri yang unik dan istimewa (dari segi adat, bahasa, budaya, agama dsb) yang menjadi teras dan lambang keperibadian seseorang individu atau sesuatu bangsa. (Kamus Dewan)
Sifat keperibadian atau ciri unik, utuh dan istimewa dari segi adat, bahasa, budaya dan agama yang menjadi teras dan lambang keperibadian seseorang individu atau bangsa.
Ciri – ciri individu yang mempunyai jati diri :
Amanah
Bijak
Cergas
Dedikasi
Elok
Faham
Gigih
Hasrat
Iman
Rasional
Berdasarkan 11 anjakan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPM 2013-2025) iaitu anjakan ke 5 ada menyatakan “ Memastikan kepemimpinan berprestasi tinggi ditempatkan di sekolah/organisasi pendidikan bagi menambahbaik dan lebih berakauntabiliti terhadap usaha meningkatkan keberhasilan murid/pelajar”
Berdasarkan Aspirasi Murid (Kemahiran Memimpin) dalam PPPM menyatakan “ Setiap murid akan dapat mencapai potensi diri sepenuhnya melalui peluang bekerja dalam kumpulan dan memegang peranan kepimpinan secara formal atau informal
Labels:
Pengenalan