Slaid Jati Diri KMNS




















Perancangan Tahun 2015


Carta Organisasi

Carta Organisasi

Paparan Organisasi Pusat Kecemerlangan Jati Diri KMNS adalah seperti berikut:

Sejarah KMNS

SEJARAH KMNS




Persekitaran yang masih hijau, tanpa kebisingan yang melampau serta udara yang masih segar, menyebabkan Kuala Pilah dipilih untuk menempatkan institusi pendidikan seperti KMNS dan UiTM. Terkenal sebagai daerah beradat dan kawasan yang paling kering di Malaysia, Kuala Pilah menjanjikan persekitaran yang kondusif  khususnya kepada warga KMNS.

Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan merupakan salah sebuah kolej di bawah Bahagian Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia. Kolej seluas 85 ekar ini terletak di Batu 46 Jalan Tampin, Kuala Pilah. Kolej ini dibina di atas tapak bekas Pusat Matrikulasi Universiti Kebangsaan Malaysia. Kesemua infrastrukturnya adalah pembinaan yang baru.

Kolej ini dibuka pada 1 Januari 2000 dan mula menerima kemasukan pelajar pertamanya seramai 491 orang pelajar semester 2 yang dipindahkan dari Kolej Matrikulasi Melaka pada 17 Januari 2000. Bermula dengan seorang Pengarah, 29 orang pesyarah dan 4 orang staf sokongan.

Menjelang 14 Februari 2000, seramai 2135 orang pelajar baru telah mendaftar diri sebagai warga KMNS. Sejajar dengan itu, ramai tenaga baru melaporkan diri bagi mengimbangi jumlah pelajar yang semakin bertambah. Sehingga kini, bilangan pensyarah telah meningkat kepada 135 orang dan staf seramai 62 orang.

Pada bulan Februari 2001, KMNS merayakan Karnival Ulangtahun Pertama dengan membuka pintunya kepada masyarakat sekitar melalui acara-acara menarik dan memberi peluang kepada mereka mengendalikan gerai-gerai jualan. Pihak RTM Negeri Sembilan dan Pejabat Belia daerah Kuala Pilah turut memberikan kerjasama yang cukup baik demi mewujudkan hubungan akademik antara kolej dengan pelbagai agensi kerajaan dan bukan kerajaan serta masyarakat sekitar. Ia juga merupakan salah satu usaha kolej bagi membetulkan anggapan ramai pihak mengenai status KMNS yang berada di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia sepenuhnya serta bukan lagi marupakan sebuah Pusat Matrikulasi UKM.

Pada akhit tahun 2001, Tuan HajiMohamed Zon bin Ramli telah bertukar ke Bahagian Matrikulasi KPM untuk menjawat jawatan sebagai Timbalan Pengarah Bahagian Matrikulasi. Tempatbeliau kemudiannya telah diisi oleh Tuan Haji Mohd Fahmi bin Mohd Yusof sebagai pengarah KMNS. Beliau telah menggariskan budaya kerja kolej yang didukung oleh lima prinsip iaitu MEMBUDAYAKAN KERJA sebagai titian ke syurga, mengukuhkan  AKHLAK MULIA sebagai pakaian yang paling berharga, membentuk  PERHUBUNGAN PERSAUDARAAN yang jujur dan rapat serta merealisasikan kolej sebagai SYURGA PENDIDIKAN. Tuan Haji Mohd Fahmi kemudiannya telah menamatkan perkhidmatannya pada tarikh 25 Disember 2003.

Seperti kolej-kolej yang lain, beberapa kemudahan telah disediakan bagi memberikan keselesaan kepada warga kolej, khususnya para pelajar. Di antaranya ialah kolej-kolej kediaman yang dinamakan Kolej Kediaman Jauhari dan Kolej Kediaman Cendikia yang menempatkan pelajar puteri sementara Kolej Kediaman Bestari menempatkan pelajar putera. Kemudahan-kemudahan lain ialah seperti kompleks sukan, pusat sumber, makmal komputer, kafe siber, kedai dobi, klinik, kedai koperasi dan sebagainya.

Meskipun tenaga penggerak KMNS seperti pengarah, ketua jabatan, penolong-penolong pengarah, pensyarah dan staf saling datang dan pergi, namun ia tidak menjejaskan kesinambungan tugas dan komitmen terhadap visi dan misi kolej.

Sumber Asal : Buletin KMNS