Perancangan Aktiviti CoE

Perancangan Aktiviti / Kursus Berkaitan CoE

Kursus Jurulatih CoE
Kursus Pemantapan Pembangunan Jati Diri
Kursus Pemantapan Jurulatih CoE
Kursus Penyediaan dan Pemurnian Modul
Kursus Perancangan Strategik CoE
Cabaran Dalam Pembangunan Jati Diri
Kursus Jati Diri Pemimpin
Bengkel Penilaian CoE
Sukan Dan Riadah
Mengenal Sejarah Negara
Kesihatan Diri.

Penilaian

Penilaian akan dibuat sebelum, semasa dan selepas aktiviti dijalankan melalui soal selidik dan pencerapan
Penilaian juga boleh menggunakan instrumen yang diubahsuai dari Instrumen Penilaian Pembangunan Jati Diri. Dua Pensyarah IAB, Tn. Syed Putra dan En.Vasu telah bersetuju untuk membantu memurnikan instrumen berkenaan. Instrumen akan diujirintis sebelum digunakan.
Penyelaras Jalinan Kerjasama UKM-KMNS (Prof. Wicky) juga sudah  bersetuju untuk membantu CoE KMNS membuat penilaian aktiviti

Aspek yang dinilai bagi pembangunan jati diri  dalam soalselidik  ialah:
Pengetahuan
Keyakinan
Perubahan Tingkahlaku
Pemantapan Penampilan

Aspek dinilai semasa pencerapan ialah:
     i.  Kebolehan mengurus aktiviti
     ii. Kemampuan mempengaruhi ahli
    iii. Kemampuan melontar idea
    iv. Kemampuan mencapai objektif aktiviti
    v.  Kemampuan penyelesaian masalah

Penutup

     Penubuhan CoE KMNS adalah selaras dengan matlamat dan tuntutan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025) bagi  melahirkan modal insan yang mempunyai kualiti jati diri yang tinggi 

Fungsi CoE Pembangunan Jati Diri

Menyedia khidmat kepakaran bagi meningkatkan pembangunan jati diri di kalangan  staf dan pelajar
Menganjurkan pelbagai bentuk latihan kepimpinan ke arah melahirkan individu yang mempunyai jati diri yang tinggi 
Menyelaras dan memantapkan program memperkasakan jati diri
Menjalankan penilaian program bagi menambahbaik dan meningkatkan keberkesanan aktiviti yang dijalankan.

Kekuatan KMNS Sebagai CoE Pembangunan Jati Diri

Mempunyai ramai staf yang berpengalaman dan  memiliki kepakaran bagi melaksanakan pelbagai bentuk latihan pada setiap sesi walaupun pelajar saban tahun  bertukar.

Mengenalpasti sekurang-kurangnya 30 staf yang boleh dijadikan sebagai Jurulatih Utama. (Pengenalpastian Jurulatih Utama berasaskan kepada kriteria ditetapkan seperti kesediaan memikul tanggungjawab, kebolehan berkomunikasi  dan rekod perkhidmatan cemerlang )

Memiliki prasarana yang mencukupi dan sesuai bagi melaksanakan pelbagai aktiviti kepimpinan tanpa perlu peruntukan kewangan tambahan.

Mempunyai Pers. ALUMNI KMNS (En. Afiq dari TV3) dan Jalinan Kerjasama KMNS-UKM (Prof. Wicky) yang prihatin dan aktif membantu kolej

Mempunyai hubungan yang baik dengan pensyarah IAB (Tn. Syed Putra dan En. Vasu) untuk menyokong aktiviti
Menjalin kerjasama dengan Biro Tata Negara dalam membekalkan kepakaran dan modul latihan

Visi dan Misi






Visi
Peneraju kecemerlangan Pembangunan Jati Diri  Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia.

Misi

Menjadikan KMNS sebagai Pusat Kecemerlangan Pembangunan Jati Diri yang aktif melaksanakan pelbagai bentuk latihan bagi meningkatkan kemahiran kepimpinan

Pengenalan


KMNS menerima cadangan  penubuhan Pusat Kecemerlangan Pembangunan Jati Diri dengan harapan memperkukuhkan kemahiran insaniah (soft skills) staf dan pelajar Kolej Matrikulasi selaras dengan aspirasi dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Pelan Pembangunan Pendidikan  Malaysia (2013 – 2025).



Definisi Jati Diri dan Kepimpinan
Jati Diri ialah sifat atau ciri yang unik dan istimewa (dari segi adat, bahasa, budaya, agama dsb) yang menjadi teras dan lambang keperibadian seseorang individu atau sesuatu bangsa. (Kamus Dewan)


Sifat keperibadian atau ciri unik, utuh dan istimewa dari segi adat, bahasa, budaya dan agama yang menjadi teras dan lambang keperibadian seseorang individu atau bangsa.
Ciri – ciri individu yang mempunyai jati diri :

Amanah
Bijak
Cergas
Dedikasi
Elok
Faham
Gigih
Hasrat
Iman

Rasional

Berdasarkan 11 anjakan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPM 2013-2025) iaitu anjakan ke 5 ada menyatakan        “ Memastikan kepemimpinan berprestasi tinggi ditempatkan di sekolah/organisasi pendidikan bagi menambahbaik dan lebih berakauntabiliti terhadap usaha meningkatkan keberhasilan murid/pelajar”
 Berdasarkan Aspirasi Murid (Kemahiran Memimpin) dalam PPPM menyatakan “ Setiap murid akan dapat mencapai potensi diri sepenuhnya melalui peluang bekerja dalam kumpulan dan memegang peranan kepimpinan secara formal atau informal