Perancangan Aktiviti CoE

Perancangan Aktiviti / Kursus Berkaitan CoE

Kursus Jurulatih CoE
Kursus Pemantapan Pembangunan Jati Diri
Kursus Pemantapan Jurulatih CoE
Kursus Penyediaan dan Pemurnian Modul
Kursus Perancangan Strategik CoE
Cabaran Dalam Pembangunan Jati Diri
Kursus Jati Diri Pemimpin
Bengkel Penilaian CoE
Sukan Dan Riadah
Mengenal Sejarah Negara
Kesihatan Diri.

Penilaian

Penilaian akan dibuat sebelum, semasa dan selepas aktiviti dijalankan melalui soal selidik dan pencerapan
Penilaian juga boleh menggunakan instrumen yang diubahsuai dari Instrumen Penilaian Pembangunan Jati Diri. Dua Pensyarah IAB, Tn. Syed Putra dan En.Vasu telah bersetuju untuk membantu memurnikan instrumen berkenaan. Instrumen akan diujirintis sebelum digunakan.
Penyelaras Jalinan Kerjasama UKM-KMNS (Prof. Wicky) juga sudah  bersetuju untuk membantu CoE KMNS membuat penilaian aktiviti

Aspek yang dinilai bagi pembangunan jati diri  dalam soalselidik  ialah:
Pengetahuan
Keyakinan
Perubahan Tingkahlaku
Pemantapan Penampilan

Aspek dinilai semasa pencerapan ialah:
     i.  Kebolehan mengurus aktiviti
     ii. Kemampuan mempengaruhi ahli
    iii. Kemampuan melontar idea
    iv. Kemampuan mencapai objektif aktiviti
    v.  Kemampuan penyelesaian masalah

Penutup

     Penubuhan CoE KMNS adalah selaras dengan matlamat dan tuntutan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025) bagi  melahirkan modal insan yang mempunyai kualiti jati diri yang tinggi