Fungsi CoE Pembangunan Jati Diri

Menyedia khidmat kepakaran bagi meningkatkan pembangunan jati diri di kalangan  staf dan pelajar
Menganjurkan pelbagai bentuk latihan kepimpinan ke arah melahirkan individu yang mempunyai jati diri yang tinggi 
Menyelaras dan memantapkan program memperkasakan jati diri
Menjalankan penilaian program bagi menambahbaik dan meningkatkan keberkesanan aktiviti yang dijalankan.

Kekuatan KMNS Sebagai CoE Pembangunan Jati Diri

Mempunyai ramai staf yang berpengalaman dan  memiliki kepakaran bagi melaksanakan pelbagai bentuk latihan pada setiap sesi walaupun pelajar saban tahun  bertukar.

Mengenalpasti sekurang-kurangnya 30 staf yang boleh dijadikan sebagai Jurulatih Utama. (Pengenalpastian Jurulatih Utama berasaskan kepada kriteria ditetapkan seperti kesediaan memikul tanggungjawab, kebolehan berkomunikasi  dan rekod perkhidmatan cemerlang )

Memiliki prasarana yang mencukupi dan sesuai bagi melaksanakan pelbagai aktiviti kepimpinan tanpa perlu peruntukan kewangan tambahan.

Mempunyai Pers. ALUMNI KMNS (En. Afiq dari TV3) dan Jalinan Kerjasama KMNS-UKM (Prof. Wicky) yang prihatin dan aktif membantu kolej

Mempunyai hubungan yang baik dengan pensyarah IAB (Tn. Syed Putra dan En. Vasu) untuk menyokong aktiviti
Menjalin kerjasama dengan Biro Tata Negara dalam membekalkan kepakaran dan modul latihan